Tujuh kes baharu Covid-19 di Kelantan

Situasi terkini kes Covid-19 di Kelantan. - Infografik Jabatan Kesihatan Kelantan
Situasi terkini kes Covid-19 di Kelantan. - Infografik Jabatan Kesihatan Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Tujuh kes terbaru direkodkan di Kelantan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini sebanyak 218.

Seramai 35 pesakit masih dalam rawatan dan dua ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU)

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, empat kes baharu di Machang membabitkan Mukim Ulu Sat, Machang iaitu kes ke 215, 216, 217 dan 218 yang merupakan kontak rapat kes 211.

“Dua kes baharu juga hari ini iaitu ke 213 dan 214 (Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu) yang merupakan kontak rapat kes 202.

“Sementara itu, satu kes lagi ialah ke 212 (Mukim Panji, Kota Bharu) merupakan kontak rapat kes ke 206,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Dalam perkembangan sama, kenyataan Jabatan Kesihatan Kelantan menerusi Facebooknya juga memaklumkan terdapat dua pesakit iaitu kes ke 203 dan 211 dirawat di unit rawatan rapi manakala tiada kes sembuh dilaporkan hari ini.

“Daripada jumlah harian, terdapat tiga kes dari Kluster Kube iaitu, kes ke 212, 213 dan 214 iaitu meningkat kepada 20 kes berbanding 17 sebelum ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut menyebut terdapat empat kes import B (jangkitan dari luar Kelantan) iaitu satu di Pasir Mas merupakan saringan berisiko dari Selangor, satu (Pasir Puteh) adalah kontak Kluster Cergas, Negeri Sembilan dan dua (Jeli) berkait dengan saringan berisiko dari Sabah.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, empat daerah masih kekal sebagai zon kuning dengan Kota Bharu (16 kes tempatan), Machang (lapan kes tempatan), Jeli (empat kes tempatan) dan Tanah Merah (empat kes tempatan).

KEMASKINI SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN pada 16 NOVEMBER 2020 sehingga jam 12.00 tengahari. TUJUH (7) KES...

Posted by Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan on Monday, November 16, 2020