X

Kindly register in order to view this article
!

Saya kehilangan seorang sahabat: Saarani

Saarani Mohamad
A
A

IPOH - UMNO Perak menyifatkan pemergian Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman sebagai kehilangan besar kepada UMNO dan rakyat Perak.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Allahyarham bukan sahaja komited pada tugas tetapi sering tampil dengan idea-idea untuk sama-sama menguatkan UMNO sebagai parti yang berorientasikan rakyat.

Menurutnya, berita pemergian Allahyarham sesuatu yang sangat menyedihkan kerana ia berlaku secara mengejut.

"Saya dan rakan-rakan dalam UMNO khususnya di Perak kehilangan seorang sahabat yang selalu setia kepada perjuangan. Kami mengingati arwah sebagai insan yang sangat akrab dengan rakyat melalui program-program akar umbi.

"Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga tabah berdepan ujian ini. Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hasbullah menerusi satu surat yang diutus kepada Saarani hari ini.

Amanah Perak mengutus surat ucapan takziah kepada UMNO Perak hari ini.
Amanah Perak mengutus surat ucapan takziah kepada UMNO Perak hari ini.

Terdahulu, kerajaan Perak turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Hasbullah yang meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman.

Menerusi laman Facebooknya, Muhyiddin menyifatkan pemergian Hasbullah satu kehilangan besar buatnya.

Terdahulu, Hasbullah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Raub, Pahang hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Allahyarham memperoleh 13,243 undi menewaskan pencabarnya iaitu Mohd Dahalan Ismail daripada Pas dan Ibrahim Mohd Hanafiah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga Hasbullah


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!