Kerajaan cadang perketat SOP libatkan warga asing

Kerajaan meminta Kementerian Sumber Manusia memberikan cadangan secara terperinci langkah-langkah memastikan pekerja warga asing tidak menularkan Covid-19.(Gambar hiasan) - Foto Bernama
Kerajaan meminta Kementerian Sumber Manusia memberikan cadangan secara terperinci langkah-langkah memastikan pekerja warga asing tidak menularkan Covid-19.(Gambar hiasan) - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR, - Kerajaan bercadang untuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pekerja asing termasuk memperluaskan syarat ujian calitan terhadap mereka di semua sektor industri bagi mengawal penularan Covid-19 dalam negara.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan kini sedang menunggu pembentangan cadangan daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) berhubung perkara tersebut.

“Kita sedang buat kajian menyeluruh...pekerja warga asing di Malaysia sekarang seramai 1.7 juta dan dengan jumlah sebegitu ramai, kalau buat ujian calitan kepada mereka, kita nak tengok berapa kemampuan lab (makmal) untuk kita dapatkan keputusan tentang mereka (Covid-19) dan siapa yang nak bayar.

“Saya difahamkan, lebih kurang sejuta lebih daripada 1.7 juta tersebut adalah pencarum kepada Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial),” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilapor berkata, kluster yang merekodkan kes tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 460 kes.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan meminta KSM memberikan cadangan secara terperinci langkah-langkah memastikan pekerja warga asing tidak menularkan Covid-19.

“Apabila mereka (pekerja asing) tinggal (menetap), kita difahamkan sampai 30 orang satu rumah, jadi jangkitan itu cepat berlaku. Jadi kita sedang tengok bagaimana cara (kurangkan jangkitan), yang pertamanya ujian calitan...melakukan saringan.

“Keduanya, kalau nak sekat pergerakan supaya jangan berkeliaran mana-mana, mereka akan terus keluar beli barang dan restoran, akhirnya beri jangkitan. Sebab itu kita sedang buat penilaian, selain ujian calitan, bagaimana nak kawal pergerakan mereka daripada menjangkiti komuniti lain,” katanya.

Artikel Berkaitan:

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan)

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Posted by Sinar Harian on Sunday, November 15, 2020