X

Kindly register in order to view this article
!

Rasuah penipuan SMS: Bekas pegawai syarikat telekomunikasi direman

Bekas pegawai syarikat telekomunikasi direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan SMS.
A
A

PUTRAJAYA - Seorang lagi bekas pegawai syarikat telekomunikasi direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Tindakan diambil susulan penahanan reman 12 individu sebelum ini menjadikan keseluruhan yang ditahan kini adalah seramai 13 orang.

Perintah reman sehingga 19 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut sumber, individu berusia 45 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 10.30 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

“Individu tersebut merupakan bekas pegawai syarikat telekomunikasi yang dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar,” katanya.

Tambah sumber itu, nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider' dengan mengenakan bayaran langganan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!