X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Salah bersemangat melawan jangkitan Covid-19

Salah dilaporkan dalam keadaan bersemangat untuk melawan jangkitan Covid-19.
A
A

PENYERANG sensasi Liverpool kelahiran Mesir, Mohamed Salah yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) baru-baru ini dilaporkan dalam keadaan bersemangat untuk melawan jangkitan virus berkenaan.

Menurut kenyataan media daripada Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA), berdasarkan kepada semangat melawannya itu, dipercayai sehingga ke hari ini Salah masih belum menunjukkan apa-apa simptom akibat jangkitan virus berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, Salah kini diletakkan di bawah pengawasan sepasukan doktor perubatan dengan mengikut protokol perubatan di Mesir.

"Kesemua keperluan perubatan telah disediakan untuknya (Salah) berdasarkan kepada protokol perubatan global di bawah pengawasan Ketua Jawatankuasa Perubatan EFA, Dr Mohamed Sutan serta Ketua Pasukan Doktor Kebangsaan, Dr Mohamed Abou El Ela.

“Salah menunjukkan semangat melawan yang tinggi dan tidak menunjukkan sebarang simptom terkena jangkitan selama proses isolasi yang dilaluinya.

“Ketika ini pasukan doktor kebangsaan sedang berurusan dengan Ketua Pegawai Perubatan Liverpool Dr Jim Moxon berhubung perkara berkenaan,” menurut kenyataan media itu lagi.

Terdahulu setelah mengesahkan Salah positif Covid-19, EFA memadam kenyataan berkenaan dan memuat naik kenyataan berbeza dengan menyatakan tiga pemain daripada skuad kebangsaan Mesir positif Covid-19 dan akan diuji buat kali kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Salah positif Covid-19

Bagaimanapun, setelah ujian kali kedua dilakukan, Salah tetap didapati positif dan diarahkan untuk menjalani proses isolasi.

Perkhabaran berkenaan pastinya memberikan tamparan hebat buat Liverpool yang terlebih dahulu kehilangan khidmat pertahanan tengah, Joe Gomez akibat kecederaan lutut selain turut kehilangan kehilangan pemain-pemain tonggak seperti Virgil van Dijk, Fabinho, Sadio Mane Thiago Alcantara dan Trent Alexander-Arnold bagi mengharungi saingan EPL.

Antara pemain tonggak yang tinggal hanya bintang Switzerland, Xhedan Shaqiri yang sebelum ini dikatakan menerima laporan diagnosis palsu berhubung jangkitan Covid-19.

Ketiadaan Salah dalam kesebelasan utama The Reds pastinya agak membimbangkan menjelang aksi berdepan pendahulu EPL, Leicester City 21 November di Anfield ini diikuti aksi Liga Juara-Juara berdepan Atalanta di Venue sama empat hari kemudian.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!