MDKP terima penghargaan Bandar Mampan kategori daerah

MDKP mendapat tempat kedua kategori daerah Bandar Mampan.
MDKP mendapat tempat kedua kategori daerah Bandar Mampan.
A
A
A

KUALA PILAH- Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah dinobatkan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertaraf Daerah paling Mampan tahun ini selepas Majlis Daerah Yong Peng, Johor.

Yang Dipetua MDKP, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, MDKP mendapat tempat kedua manakala Majlis Daerah Gerik, Perak mendapat tempat ke tiga.

"Bandar mampan merupakan sebuah bandar yang mampu mengekalkan kelestarian dalam pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal secara bersepadu dan berterusan.

"Pemilihan penerima penghargaan bandar mampan ini dibuat berdasarkan kepada PBT yang telah berjaya melengkapkan 39 penunjuk yang telah ditetapkan iaitu penggunaan data primer Indeks Kebahagian di bawah KT3-P5 dan Tahap Kepuasan Penduduk Terhadap Perkhidmatan PBT di bawah UT1-P1," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.