JAIM diarah siasat dakwaan hotel ‘mesra gay’

Kerajaan negeri Melaka mengarahkan JAIM menyiasat dakwaan hotel butik mesra gay. Gambar kecil: Rahmad
Kerajaan negeri Melaka mengarahkan JAIM menyiasat dakwaan hotel butik mesra gay. Gambar kecil: Rahmad
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyiasat dakwaan sebuah hotel butik di negeri ini yang berkonsepkan ‘mesra gay’ yang tular di media sosial sejak Isnin.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, siasatan terperinci dilakukan bagi mendapatkan kesahihan maklumat berkenaan.

“JAIM sedang siasat dakwaan tersebut dan kita tidak boleh buat sebarang keputusan awal sehingga maklumat jelas dan bukti diperoleh,” katanya mengulas isu tular berkenaan.

Pada Isnin, tular satu hantaran di media sosial mendakwa kewujudan sebuah hotel berkonsepkan mesra gay di Melaka yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.

Perkara itu dikongsikan melalui hantaran pendakwah bebas, Firdaus Wong yang membangkitkan persoalan mengenai trend penjenamaan perniagaan menggunakan label ‘friendly’.

“Agak kreatif penjenamaan. Label ‘Muslim friendly’ pun boleh dijadikan bisnes, apatah lagi ‘gay friendly’. Lepas ni apa pula idea kreatif akan muncul? ‘Babi friendly’ atau ‘LGBT friendly’?

“Selain pet-friendly mall, Malaysia juga memiliki ‘family friendly’, ‘child friendly’ dan yang terbaru, ‘gay friendly’ hotel di Melaka. Ingatkan sukan je ada ‘friendly’ ‘friendly’ ni. Tak sangka pula ‘gay’ pun ada ‘friendly’ secara terbuka ya,” tulisnya menerusi hantaran itu.

Ringkasan AI

  • Kerajaan negeri Melaka mengarahkan JAIM menyiasat dakwaan hotel butik mesra gay
  • Datuk Rahmad Mariman berkata siasatan terperinci perlu untuk mendapatkan kesahihan maklumat
  • JAIM sedang menjalankan siasatan berkenaan dakwaan tersebut
  • Dakwaan hotel mesra gay di Melaka mencetuskan perdebatan di media sosial
  • Hantaran oleh Firdaus Wong membangkitkan persoalan trend penjenamaan menggunakan label 'friendly'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!