Kurung kucing dalam sangkar dipenuhi najis, pemilik diberi tempoh seminggu

Laporan Sinar Harian mengenai pengabaian kucing yang didedahkan oleh sebuah NGO di akaun Threads.
Laporan Sinar Harian mengenai pengabaian kucing yang didedahkan oleh sebuah NGO di akaun Threads.
A
A
A

SEREMBAN -Pemilik kucing di Seremban 2 yang didakwa mengurung haiwan peliharaannya dalam sangkar dipenuhi najis serta gagal menyediakan makanan dan minuman bersih diberikan tempoh seminggu oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) untuk melakukan penambahbaikan.

Pengarahnya, Dr Nurul Ain Ahmad berkata, sekiranya gagal berbuat demikian, pemilik boleh didakwa di mahkamah di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh didenda minimum RM10,000 dan maksimum RM50,000.

Menurutnya, pihak jabatan telah pun menjalankan pemeriksaan ke atas rumah pemilik susulan aduan diterima dan mendapati keadaan sangkar kucing serta persekitaran rumah adalah tidak bersih dan tidak sesuai untuk haiwan terbabit dijaga.

"Berikutan itu, pemilik telah pun diberikan notis untuk menyediakan persekitaran dan kemudahan yang lebih sesuai untuk menempatkan kucing-kucingnya.

"Pihak jabatan akan ke rumah pemilik semula bagi tujuan pemantauan dan jika tiada penambahbaikan dilakukan selepas seminggu, tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas pemilik," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Malah katanya, kesemua kucing tersebut boleh diberi milik kepada individu yang mampu menjaga haiwan itu sekiranya pemilik gagal mematuhi notis terbabit.

Jelasnya, empat kucing pemilik telah pun diselamatkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta telah dihantar menerima rawatan di Klinik Veterinar Putra Nilai.

"Ketika siasatan dilakukan, kesemua kucing tersebut berada dalam keadaan baik dijaga penyelamat.

"Orang awam dinasihatkan untuk menghubungi pihak jabatan melalui talian jabatan sebelum mengambil tindakan terhadap aduan pengabaian atau penganiayaan haiwan peliharaan daripada pemilik atau rumah bagi memudahkan tindakan penguatkuasaan pihak jabatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pemilik kucing di Seremban 2 diberi seminggu oleh JPVNS untuk memperbaiki kondisi sangkar kucing yang dipenuhi najis tanpa makanan dan minuman bersih
  • Sekiranya pemilik gagal, boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan denda minimum RM10,000 dan maksimum RM50,000
  • Pemeriksaan menunjukkan keadaan sangkar dan rumah tidak bersih dan tidak sesuai untuk kucing
  • Notis diberikan kepada pemilik untuk menyediakan persekitaran yang lebih baik
  • Empat kucing telah diselamatkan dan dihantar menerima rawatan di Klinik Veterinar Putra Nilai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!