Lelaki cedera ditetak dengan parang

Kawasan kejadian tetak membabitkan seorang lelaki di Buntong hari ini.
Kawasan kejadian tetak membabitkan seorang lelaki di Buntong hari ini.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki cedera akibat ditetak menggunakan parang oleh dua lelaki dalam satu kejadian di hadapan sebuah restoran di Buntong di sini hari ini.

Kejadian sekitar jam 2.09 petang itu telah mengakibatkan mangsa berusia 44 tahun itu cedera di tangan.

Difahamkan, mangsa cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran dua lelaki bersenjata dan menggunakan penutup kepala itu.

Bagaimanapun, mangsa gagal apabila terjatuh sebelum diserang dua lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Polis menerima makluman awal menyatakan insiden itu ada kaitan dengan samun, namun siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

"Pegawai penyiasat telah pergi ke lokasi kejadian bersama anggota Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak," katanya.

Artikel Berkaitan: