Sistem binari pilihan terkini

No Image Caption
A
A
A

PANDEMIK Covid-19 jelas telah mengesahkan status pembelian dalam talian sebagai mekanisme terpenting dunia perniagaan kini.

Perniagaan dalam talian berteraskan penggunaan sistem binari kian popular. Sistem ini sebenarnya berasal daripada konsep algebra yang dicipta Muhammad ibn Musa (Al-Khwarizmi). Penemuan abjad ‘0’ dan ‘1’ sekarang menjadi asas sistem angka binari.

Pembelian dalam talian telah memberi keuntungan besar kepada syarikat besar termasuk Alibaba, Amazon dan Apple. Jumlah keuntungan meningkat hampir AS$30 bilion (RM125 bilion) manakala jumlah jualan mencecah AS$230 bilion (RM956 bilion) dalam tempoh tiga bulan bermula Julai lalu.

Instrumen baharu sistem binari membolehkan stok anda dijual terus daripada peranti mudah alih anda. Aplikasi dalam tablet atau telefon pintar membolehkan pemindahan bayaran dilakukan menerusi kad bank atau kaedah pembayaran elektronik lain.

Perniagaan e-dagang membolehkan seseorang menjana pendapatan sambil berehat di hotel atau menunggu penerbangan di lapangan terbang.

Teknologi sistem binari juga telah melonjakkan perintis baharu seperti Atomy Mall Online beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan. Covid-19 telah menyaksikan peningkatan lebih 10 juta keahlian. Jumlah jualan tahun lalu mencecah AS$1.3 bilion (RM5.4 bilion).

Atomy ialah perniagaan produk penjagaan dan kecantikan berasas bahan organik. Harga pembelian 10 atau 15 peratus lebih rendah daripada harga runcit menyebabkan produk Atomy meletup di 30 negara.

Penulis mendapati perniagaan dalam talian telah mengalami evolusi kualiti. Kebanyakan produk kini mengguna teknologi kualiti bahan mentah tidak mudah luput dan pembungkusan daripada jenis bahan lebih ringan.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, pelaksanaan semula lockdown di beberapa negara termasuk Britain menyebabkan pembelian secara maya menggunakan sistem teknologi binari menjadi pilihan untuk semua jenis pengurusan.

Sistem angka binari sebenarnya ditemui lebih 1,200 tahun dahulu. Namun, tokoh algebra Islam, Al-Khwarizmi telah memastikan ciptaan membolehkan sistem angka binari memudahkan semua urusan perniagaan dalam talian. Pada masa sama, Covid-19 menyebabkan syarikat gergasi bidang teknologi titan meraih keuntungan berlipat ganda.

Monopoli

Penulis mendapati keuntungan diraih melebihi pendapatan syarikat besar tradisional. Kini pengguna memasuki perniagaan alam maya untuk membeli barangan keperluan harian sambil beralih bekerja dari rumah (WFH).

Pendapatan syarikat alam maya terus melambung tinggi sekali pun ada sekatan monopoli persekutuan terhadap Google atau Facebook.

Apa yang jelas, syarikat berteknologi titan bijak memanipulasikan teknologi mayanya untuk mengukuhkan kemampuan kepada syarikat berurus niaga pasar raya dalam talian seperti Lazada China, e-bay Amerika Syarikat serta Atomy Korea Selatan.

Penulis mendapati perniagaan dalam talian disaran Rasulullah SAW yang disebut dalam Surah Ash-Shaff ayat 10-12 turut menitikberatkan hal ini.

Teknik perniagaan yang disaran Rasulullah ialah meningkatkan pelaksanaan transaksi perniagaan seperti kos pembuatan, harga barangan jualan, proses pembayaran, kiraan keuntungan, bonus dan komisen supaya lebih telus, pantas, tepat serta selamat berasaskan penggunaan teknologi sistem angka binari atau sistem angka perduaan atau angka asas dua iaitu 0 dan 1.

Kesimpulannya penulis percaya kaedah algebra yang dicetus Al-Khwarizmi harus dihayati oleh semua manusia khususnya peniaga Islam sekiranya mahu berjaya.

Andainya Alibaba, Google, Facebook, Amazon atau Atomy boleh berjaya, ia bermakna peniaga Islam juga boleh meraih pendapatan lumayan jika menghayati perniagaan berorientasi sistem binari.

Penulis percaya rakyat Malaysia harus bijak memanfaatkan senario ini jika mahu berjaya dalam masa singkat.

* Profesor Madya Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan, Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor