X

Kindly register in order to view this article
!

Dua suspek cemar Sungai Gong dituduh esok

Fadzil Ahmat
A
A

SHAH ALAM - Dua lelaki yang merupakan pengarah sebuah syarikat akan menjalani pertuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang esok susulan insiden pencemaran Sungai Gong, sebelum ini.

Kedua-dua individu berkenaan yang masing-masing berusia 61 dan 31 tahun akan dituduh di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan selepas kertas siasatan kes berkenaan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, enam orang pekerja syarikat berkenaan juga akan dijadikan saksi pendakwaan bagi kes berkenaan.

"Selain itu, kedua-dua pengarah itu juga akan dikenakan pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas berikutan insiden pencemaran minyak sehingga menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Dalam pada itu, Fadzil berkata, buat masa ini, terdapat lima kes berkaitan pencemaran air sedang disiasat oleh pihaknya.

"Ini adalah kes kedua dituduh bagi kesalahan mencemar air sejak JSJ Selangor mengambil alih tindakan pada September lalu," katanya.

Tambah beliau, JSJ Selangor akan memastikan siasatan dan pendakwaan dilaksanakan ke atas pihak yang terlibat dalam kesalahan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan individu ditahan kes pencemaran bau Sungai Selangor

[DIKEMASKINI] 1.2 juta akaun pengguna di KL, Selangor terjejas bekalan air


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!