Selepas tiga hari, jasad suami ditemui bawah pam menyedut pasir

Tangisan pilu seorang isteri mengiringi ketibaan jasad suaminya di jeti Tok Imam Yie, Kedai Piah di sini pada Selasa setelah hampir 48 jam dilaporkan hilang.
Tangisan pilu seorang isteri mengiringi ketibaan jasad suaminya di jeti Tok Imam Yie, Kedai Piah di sini pada Selasa setelah hampir 48 jam dilaporkan hilang.
A
A
A

KOTA BHARU – Tangisan pilu seorang isteri mengiringi ketibaan jasad suaminya di jeti Tok Imam Yie, Kedai Piah di sini pada Selasa setelah hampir 48 jam dilaporkan hilang.

Nor Asnida Mohd Tarmizi, 32, dilihat meraung sebelum rebah sebaik melihat mayat suaminya, Muhammad Aqbar Che Abdullah, 35, yang dibawa ke jeti berkenaan sebelum ditenangkan ahli keluarga.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 8 pagi dalam keadaan tertiarap di bawah pam menyedut pasir di Kampung Chekok, Serendah di sini oleh penduduk kampung yang membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Seorang pekerja pengorek pasir yang dipercayai tergelincir dari bot di Sungai Kelantan ditemukan lemas kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian di Kampung Chekok, Serendah di sini pada Selasa.
Seorang pekerja pengorek pasir yang dipercayai tergelincir dari bot di Sungai Kelantan ditemukan lemas kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian di Kampung Chekok, Serendah di sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Fakaruddin Brahim berkata, lokasi penemuan mayat mangsa terletak kira-kira 20 kilometer dari tempat lelaki itu dipercayai terjatuh dari bot.

Menurutnya, pihak bomba menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada penduduk kampung sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mayat seorang lelaki berada di kawasan tersebut. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa yang dibawa menaiki bot untuk dihantar ke daratan.
Mayat mangsa yang dibawa menaiki bot untuk dihantar ke daratan.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi Ahad lalu, mangsa yang bekerja sebagai pengorek pasir menggunakan jentera berat dipercayai terjatuh ke dalam sungai dari sebuah bot di pengkalan pasir Kampung Chekok, Serendah.

Seorang penduduk, Zamri Abdullah, 60, berkata, dia berada di atas bot bersama tiga rakannya sebelum dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa.

Katanya, Muhammad Aqbar merupakan rakannya dan mereka bersyukur selepas mangsa ditemukan susulan usaha pencarian yang dilakukan sejak hari kejadian.

“Allahyaryam Muhammad Aqbar merupakan rakan saya dan kami bersyukur apabila mayatnya ditemukan selepas lebih 48 jam hilang.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu pasukan bomba mengangkat mayat mangsa sebelum dibawa ke jeti Tok Imam Yie,” katanya.

Muhammad Aqbar Che Abdullah, 35, ditemukan dalam keadaan tertiarap di bawah pam menyedut pasir kira-kira jam 8 pagi oleh penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari mangsa.
Muhammad Aqbar Che Abdullah, 35, ditemukan dalam keadaan tertiarap di bawah pam menyedut pasir kira-kira jam 8 pagi oleh penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari mangsa.

Sebelum ini, akhbar melaporkan isteri mangsa mengesyaki suaminya mengalami pening akibat tekanan darah rendah ketika berada di atas bot sebelum terjatuh ke sungai.

Nor Asnida memberitahu suaminya mengalami demam pada malam sebelum kejadian selain mempunyai sejarah tekanan darah rendah.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!