X

Kindly register in order to view this article
!

Lapan individu ditahan kes pencemaran bau Sungai Selangor

Fadzil
A
A

SHAH ALAM - Polis menahan lapan individu dipercayai terlibat dengan kes pencemaran bau di Sungai Selangor sehingga menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, berdasarkan siasatan awal, pencemaran bau itu dikesan berakhir di alur Sungai Gong, Rawang dan disyaki bermula dari sebuah premis membaiki serta menjual jentera pembinaan.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya menahan dua individu masing-masing berusia 62 serta 31 tahun dan merupakan pengarah syarikat berkenaan di sekitar Rawang jam 11.30 pagi tadi.

"Turut ditahan ialah enam orang pekerja di syarikat terbabit terdiri daripada warga tempatan dan asing menerusi tangkapan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isnin lalu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi.

Pencemaran tersebut menyebabkan penutupan empat loji iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang.

Dalam pada itu, Fadzil berkata, semua suspek berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Selayang esok bagi permohonan reman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!