Bliese perkenal haruman badan

Mohd Suhaimi menunjukkan haruman badan Bliese yang kini berada di pasaran. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Mohd Suhaimi menunjukkan haruman badan Bliese yang kini berada di pasaran. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SELEPAS berjaya mencipta fenomena luar biasa ke atas penjualan produk pewangi pelbagai guna, kini Bliese (M) Sdn Bhd mengorak langkah lebih jauh dengan memperkenalkan rangkaian haruman badan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Suhaimi Saiful berkata, sambutan luar biasa terhadap produk Bliese menjadi inspirasi baginya untuk menghasilkan produk haruman badan berinspirasikan wangian antarabangsa.

Katanya, sebelum ini Bliese hanya terkenal dengan produk pewangi kenderaan dan rumah yang mendapat sambutan amat luar biasa.

“Kita mempunyai pelanggan tetap dan dengan pasaran sedia ada, kita mahu kembangkan perniagaan ini dengan mengeluarkan minyak wangi jenama sendiri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Katanya, haruman badan Bliese yang mempunyai 40 jenis pilihan wangian mula berada di pasaran sejak tiga bulan lalu.

“Kita mempunyai 25 jenis pilihan wangian untuk golongan wanita manakala 15 wangian pilihan bagi lelaki. Kesemua wangian ini berinspirasikan minyak wangi antarabangsa.

“Antaranya Sky Desire, Hot Eros, Aqua Walker, CK Infinity, Bright Milion, Bronze VIP Men, Crownd Aventus dan Glory Blak bagi lelaki.

“Bagi wanita pula, wangian seperti Bombsweet, Daisy Flora, Violet Fantasy, Misty Rose, Taffy Paris, Fuscia Gomez, Coco Brown dan pelbagai lagi jenis pilihan wangian yang sememangnya menjadi dambaan golongan berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Suhaimi berkata, haruman Bliese mempunyai keistimewaannya tersendiri dan jauh berbeza dengan wangian yang ada di pasaran.

Mohd Suhaimi merancang untuk memasarkan jenama haruman badan Bliese ke pasaran Timur Tengah. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Mohd Suhaimi merancang untuk memasarkan jenama haruman badan Bliese ke pasaran Timur Tengah. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

“Bliese amat mementingkan kualiti jenama itu sendiri apabila 100 peratus produk minyak wangi kita menggunakan bahan-bahan organik, bau yang segar dan berpanjangan, mesra wuduk dan mesra perjalanan.

“Niat kita adalah berkongsi wangian pada harga mampu milik, diperakui halal dan selamat untuk kulit, malah kita mempunyai sijil IFRA (International Fragrance Association) iaitu salah satu sijil pengiktirafan luar negara untuk setiap produk dipasarkan untuk keselamatan pengguna,” katanya.

Menggunakan tagline ‘bandingkan bau kami’, beliau percaya pengguna terutama pengumpul minyak wangi pasti akan jatuh cinta dengan minyak wangi Bliese.

“Walaupun keluaran anak tempatan, namun ia setanding jenama antarabangsa kerana proses pembuatannya sangat teliti dan mengikut piawaian yang ditetapkan,” kata beliau.

Mohd Suhaimi berkata, beliau terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi hasrat orang ramai yang inginkan produk berkenaan dengan harga murah.

Menurutnya, tidak semua orang mampu memiliki minyak wangi berjenama dengan harga premium menyebabkan beliau memperkenalkan minyak wangi Bliese pada harga serendah RM10 bagi tujuh mililiter (ml)dan RM39 (30ml).

Melihat kepada sambutan yang diterima, beliau percaya haruman badan Bliese dapat menembusi pasaran pewangi tempatan dan luar negara.

“Walaupun baru di pasaran, kita berjaya catat sebanyak RM1.5 juta hasil jualan dan dijangka meningkat lagi pada tahun depan,” katanya.

Ketika ini, katanya, syarikat memiliki 224 stokis, selain seramai 25 pengedar utama yang dikenali sebagai ‘master stokis’ dalam usaha membentuk rangkaian pemasaran yang lebih luas.

“Syarikat memberi keutamaan kepada ‘master stokis’ dan stokis bagi mengukuhkan rangkaian, selain memberi peluang kepada mereka mendapat pendapatan tambahan,” katanya.

Mengenai perancangan syarikat, Mohd Suhaimi berkata, pihaknya merancang memasarkan jenama haruman Bliese ke pasaran Timur Tengah.