X

Kindly register in order to view this article
!

MP Kuala Lumpur mahu jumpa Annuar Musa

Annuar Musa
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur berhasrat bertemu Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagi membincangkan isu pentadbiran.

Menerusi kenyataan bersama oleh sembilan ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan itu, Annuar belum lagi bertemu mereka sejak menyandang jawatan tersebut Mac lalu walaupun permohonan telah dibuat pada sidang Parlimen lalu.

Menurut kenyataan itu, mereka mengingatkan Ahli Parlimen Ketereh itu supaya mengutamakan aspek pentadbiran serta kepentingan rakyat di Kuala Lumpur.

"Sebagai permulaan, Annuar perlu memanggil satu mesyuarat untuk membincangkan berhubung belanjawan tahun hadapan melibatkan kawasan di Kuala Lumpur.

"Beliau juga perlu mengembalikan semula Majlis Menteri (diwujudkan oleh bekas Menteri WP, Khalid Samad) untuk memahami isu-isu di Kuala Lumpur.

"Jika gagal dilakukan, maka boleh disimpulkan bahawa beliau tidak mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan warga Kuala Lumpur," kata kenyataan berkenaan hari ini.

Sembilan ahli Parlimen tersebut ialah Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Yee Kew.

Turut tersenarai Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!