Annuar Musa rasmi jadi ahli Pas

Annuar (dua dari kiri) menerima nombor keahlian Pas daripada Abdul Hadi. Turut kelihatan Takiyudin (kiri).
Annuar (dua dari kiri) menerima nombor keahlian Pas daripada Abdul Hadi. Turut kelihatan Takiyudin (kiri).
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa secara rasminya telah menjadi ahli Pas.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di sini pada Sabtu.

Pada majlis berkenaan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut menyerahkan nombor keahlian Pas kepada Annuar

Menurut Takiyuddin, Annuar merupakan antara 3,000 keahlian baharu Pas yang diterima parti itu di beberapa negeri.

"Dalam mesyuarat di Port Dickson tadi, ramai yang mohon nak jadi ahli parti kita. Saya difahamkan dalam Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) pun ramai, begitu juga dalam keahlian Perikatan Nasional (PN) sendiri.

"Ia dari pelbagai latar belakang lapisan masyarakat, orang kampung, orang biasa, pegawai tinggi dan rendah kerajaan termasuk tokoh-tokoh," katanya.