X

Kindly register in order to view this article
!

Semua kakitangan, penghuni Darul Hanan negatif Covid-19

Kakitangan dan penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan yang telah menjalani ujian saringan kedua Covid-19 dua hari lepas didapati negatif virus itu.
A
A

KEPALA BATAS - Semua kakitangan dan penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan dekat Pongsu Seribu, di sini, yang telah menjalani ujian saringan kedua koronavirus (Covid-19) dua hari lepas didapati negatif virus itu, kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman.

Ujian saringan kedua berkenaan dijalankan selepas lapan penghuni pusat jagaan warga emas itu didapati positif Covid-19 dalam ujian saringan pertama.

"Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan keluar kerana perlu menjalani kuarantin selama dua minggu seperti yang diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri bermula Sabtu lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes positif Covid-19 pertama di pusat jagaan warga emas itu dikaitkan dengan Kluster Alma yang telah merekodkan 17 kes positif Covid-19.

Darul Hanan yang dibina di bawah pembiayaan Yayasan Bukhary, di atas sebahagian tanah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) seluas 3.2 hektar bagi penempatan dan penjagaan warga emas Islam lelaki dan perempuan itu boleh menampung jumlah maksimum warga emas seramai 200 orang. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan penghuni Darul Hanan positif Covid-19

Covid-19: Darul Hanan asingkan kontak rapat warga emas


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!