Restoran guna logo halal tamat tempoh diserbu

Restoran yang diserbu pihak KPDNHEP kerana menggunakan logo halal tamat tempoh.
Restoran yang diserbu pihak KPDNHEP kerana menggunakan logo halal tamat tempoh.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah restoran di Jalan Hamzah di sini diserbu kerana menggunakan logo halal Jakim dan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang tamat tempoh sejak Januari 2017.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Khalid Tik berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di restoran tersebut pada jam 1.40 petang kelmarin.

No Image Caption

“Pemeriksaan pegawai penguatkuasa KPDNHEP mendapati logo halal serta SPHM yang digunakan restoran berkenaan telah tamat sejak 30 Januari 2017, malah peniaga tersebut tidak membuat permohonan memperbaharui logo serta sijil berkenaan.

“Kita telah mengambil tindakan mengikut Perenggan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana menggunakan logo halal tanpa diperakui sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Artikel Berkaitan: