Perlis turut guna logo, tema sama sambutan Hari Kebangsaan

Mohd Shukri - Foto Bernama.
Mohd Shukri - Foto Bernama.
A
A
A

KANGAR - Kerajaan Negeri Perlis membuat keputusan yang sama dengan Terengganu, Kedah dan Kelantan untuk mengguna logo serta tema seperti Kerajaan Persekutuan bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, keputusan itu telah dibuat bagi sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis 2023.

"Kerajaan negeri akan menggunakan logo dan moto yang sama seperti pusat pada Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis yang akan diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri pada malam 30 Ogos nanti," katanya ketika dihubungi pemberita malam Rabu.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari berkata, empat negeri di bawah pemerintahan gabungan politik itu mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza daripada Kerajaan Persekutuan untuk sambutan peringkat negeri. - Bernama

Artikel Berkaitan: