Rumah terbakar, tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar di Kampung Limau Purut, Rantau Panjang pada Ahad.
Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar di Kampung Limau Purut, Rantau Panjang pada Ahad.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah dihuni sejak empat tahun lalu di Kampung Limau Purut, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi Ahad.

Noraini Mohammad, 32, berkata, semasa kejadian dia, suami, Mohd Solah Ismail, 42, serta lima anak berusia sembilan bulan hingga 16 tahun tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Noraini bersama suami dan anak-anak di hadapan rumah mereka yang musnah dalam kebakaran di Kampung Limau Purut, Rantau Panjang pada Ahad.
Noraini bersama suami dan anak-anak di hadapan rumah mereka yang musnah dalam kebakaran di Kampung Limau Purut, Rantau Panjang pada Ahad.

"Kebetulan pada petang Sabtu kami sekeluarga terpaksa ke rumah mak di Kampung Parit Air kerana air telaga telah kering.

"Saya sempat bawa baju sekolah anak-anak untuk dibasuh, namun kasut serta beg dan buku-buku mereka semua ada di rumah dan telah musnah dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Dia yang merupakan suri rumah berkata, kejadian itu disedari oleh abang dan kakak iparnya yang kebetulan rumah mereka terletak berhampiran.

"Namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana air telaga kering, malah kejadian itu berlaku pada awal pagi.

Noraini memberitahu, lebih menyedihkan apabila kelengkapan sekolah tiga anak yang berusia 10, 11 dan 16 tahun turut musnah dalam kejadian yang berlaku jam 1.20 pagi itu.

Artikel Berkaitan:

"Selain kehilangan rumah, anak-anak paling terkesan kerana kelengkapan sekolah, baju serta kasut raya mereka juga terbakar.

"Mereka asyik tanya mana baju, kasut raya mereka," katanya.

Ujar dia, buat sementara waktu, mereka terpaksa menumpang di rumah ibunya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03072020999796 Noraini Mohammad.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!