Kemajuan ECRL di Kelantan sudah siap 78.03 peratus

Darwis (dua dari kanan) menemani Mohd Nassuruddin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kota Bharu, pada Selasa.
Darwis (dua dari kanan) menemani Mohd Nassuruddin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kota Bharu, pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini sudah mencapai kemajuan sehingga 78.03 peratus setakat Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, peningkatan pembinaan berkenaan hasil kerjasama daripada semua pihak dan kerja ini mengikut jadual yang ditetapkan.

"Kerja-kerja pembinaan itu meningkat sebanyak tiga peratus berbanding 75 peratus pada Februari lalu," katanya semasa sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), di sini pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Menurut beliau, kerja pemasangan landasan dari Gebeng, Pahang ke Dungun, Terengganu sudah siap sepenuhnya sepanjang 92 kilometer (km) manakala dari Gebeng ke Maran, Pahang sepanjang 97km sudah siap sebanyak 33km.

"Selebihnya proses pembinaan dijangka siap mengikut masa yang ditetapkan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi pemasangan sistem elektrifikasi pula ia akan bermula seawal Mei ini di kawasan Gebeng, Pahang. Kemudian, ia akan disusuli oleh kerja pemasangan semboyan.

"Bagi pembinaan projek keseluruhan ECRL yang merangkumi empat negeri dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor sepanjang 665km sehingga Mac lalu adalah sebanyak 64.01 peratus dan projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!