NGO gesa polis siasat surat Zahid sokong Anwar

Faisalkamal (depan kanan) bersama lapan individu menunjukkan laporan polis yang dibuatnya pada sidang akhbar di hadapan IPD Kuala Selangor hari ini.
Faisalkamal (depan kanan) bersama lapan individu menunjukkan laporan polis yang dibuatnya pada sidang akhbar di hadapan IPD Kuala Selangor hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerak Maharela Malaysia dan Pertubuhan Seni Silat Jurus Rentak Makrifat membuat satu laporan polis berhubung penularan surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu.

Yang Dipertua Gerak Maharela Malaysia, Faisalkamal Ariffin berkata, pihaknya meminta polis menyiasat kesahihan surat tersebut kerana dibimbangi memberi kesan kepada institusi beraja di negara ini.

"Sekiranya surat itu palsu, kita minta polis menjalankan siasatan kerana kita tidak mahu ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan surat atau apa jua dokumen palsu menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Surat tular Zahid Hamidi sokong Anwar disahkan palsu

Seramai lapan individu mewakili dua NGO terbabit hadir ke IPD Kuala Selangor kira-kira jam 11 pagi tadi dengan berpakaian busana Melayu termasuk bertanjak.

Sementara itu, Faisalkamal berkata, pihaknya bimbang lebih ramai lagi akan menggunakan institusi beraja pada masa akan datang sekiranya ia tidak dibendung.

"Polis perlu menyiasat siapa yang sebenarnya menulis surat tersebut yang mengheret negara dalam kemelut politik terutama dalam keadaan negara sedang melawan pandemik Covid-19," katanya.

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan terus mempertahankan institusi beraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dalam amalan Raja Berperlembagaan di negara ini.

"Niat kami ingin menegakkan kebenaran dan menghindari beberapa ahli politik menggunakan kuasa dan pengaruh bagi mendapatkan kuasa dengan cara salah," katanya.

Artikel Berkaitan: