Sesak hingga 4km di kedua-dua arah

Gambar dua buah lori menghalang laluan di kedua-dua arah. Foto: Pembaca Sinar Harian
Gambar dua buah lori menghalang laluan di kedua-dua arah. Foto: Pembaca Sinar Harian
A
A
A

TAPAH - Laluan di kedua-dua arah dilaporkan sesak sepanjang empat kilometer selepas tiga buah kenderaan terbabit dalam kemalangan KM329.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, hari ini.

PLUS melalui akaun Twitternya melaporkan kemalangan berkenaan membabitkan bas ekspres, lori kontena dan lori tangki yang melintang menghalang kedua-dua arah laluan dalam keajdian kira-kira jam 7.30 petang tadi.

“Kemalangan lori kontena, lori tangki dan bas ekspres di Kilometer 329.7 arah utara dari Bidor ke Tapah. Lorong kanan dan kiri laluan arah utara masih terhalang dan semua lorong ke selatan masih terhalang sepenuhnya. Trafik sesak 4km di kedua-dua arah,” katanya.

Keadaan lori melintang di Kilometer 329.9 lebuh raya PLUS. Foto: Pembaca Sinar Harian
Keadaan lori melintang di Kilometer 329.9 lebuh raya PLUS. Foto: Pembaca Sinar Harian

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail mengesahkan terdapat tiga buah kenderaan terlibat dalam kemalangan berkenaan dan menghalang laluan.

“Laluan ke arah utara tidak boleh dilalui mana-mana kenderaan, manakala lalu ke arah selatan hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan sahaja.

“Komander lebuh raya terpaksa melencongkan semua kenderaan dari lebuh raya PLUS ke Jalan Persekutuan melalui Tol Tapah bagi mengelakkan kesesakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, tadi.

Menurutnya, polis akan membantu kawalan lalu lintas di Jalan Persekutuan.

Artikel Berkaitan: