PKPB: KPNDHEP Selangor gesa orang ramai tidak buat pembelian panik

Muhamad Zikril (dua, kiri) ditemui pemberita selepas Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana KPDNHEP Selangor sempena Hari Penguat kuasa Ke-48, Shah Alam hari ini.
Muhamad Zikril (dua, kiri) ditemui pemberita selepas Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana KPDNHEP Selangor sempena Hari Penguat kuasa Ke-48, Shah Alam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di negeri ini hari ini.

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, KPDNHEP sudah membuat pemantauan selepas berlaku peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di Selangor sejak dua minggu lalu.

"Antara barangan yang diperiksa ialah gula, tepung dan minyak masak membabitkan 2,526 premis di seluruh Selangor.

"Secara keseluruhan, semua barangan itu termasuk telur, roti dan ayam mencukupi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana KPDNHEP Selangor sempena Hari Penguatkuasa Ke-48, di sini hari ini.

Muhamad Zikril (kiri) ditemui pemberita selepas Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana KPDNHEP Selangor sempena Hari Penguatkuasa Ke-48, Shah Alam hari ini.
Muhamad Zikril (kiri) ditemui pemberita selepas Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana KPDNHEP Selangor sempena Hari Penguatkuasa Ke-48, Shah Alam hari ini.

Selain itu katanya, berdasarkan tinjauan didapati tiada pembelian panik yang ketara.

Mengulas lanjut, sejak PKP bermula 18 Mac lalu hingga semalam, pihaknya telah mengeluarkan RM286,450 kompaun melibatkan 562 kes membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tanda harga, harga yang mengelirukan, tidak jelas selain penjualan online.

"KPDNHEP memberi amaran keras supaya peniaga tidak mengambil kesempatan kepada pengguna ketika PKPB ini. Usah sesuka hati menaikkan harga. Jika dikesan, tindakan akan diambil mengikut akta tertentu," katanya.

Artikel Berkaitan: