Cavani hampir tinggalkan bola sepak

Cavani
Cavani
A
A
A

PENYERANG baharu Manchester United, Edinson Cavani mendedahkan hampir membuat keputusan untuk bersara selepas disahkan dijangkiti pandemik Covid-19.

Cavani dan teman wanitanya diuji positif Covid-19 selepas bercuti di Ibiza, Sepanyol yang turut menyaksikan bekas rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG) - Neymar, Angel Di Maria, Leandro Paredes, Mauro Icardi, Keylor Navas dan Marquinhos turut dijangkiti virus tersebut.

Pada usia 33 tahun, Cavani berkata, dia sudah memikirkan untuk ‘menggantung’ but sebelum United tampil membuat kejutan menawarkannya kontrak selama setahun dengan pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi sebelum jendela perpindahan ditutup kelmarin.

Dalam tempoh mendapatkan rawatan, Cavani menikmati waktu rehat di ladang negara kelahirannya di Salto, Uruguay dan ketika itu, dia mula memikirkan untuk menamatkan kariernya sebagai pemain profesional.

“Itu adalah sesuatu yang perlu saya simpan dalam diri sendiri dan saya akan mengatakannya pada tiba masanya. Tiada apa yang dapat diperoleh dengan mengatakannya pada masa itu jika anda mematuhi protokol yang ditetapkan.

“Kami menghabiskan banyak hari ketika tempoh kuarantin, malah lebih lama daripada yang diperlukan. Saya tidak perlu memberitahu sesiapa pun. Pada mulanya kami diuji negatif, tetapi ketika teman wanita saya mula mendapat simptom, kami mengambil ujian sekali lagi dan akhirnya kami disahkan positif.

“Kesihatan keluarga saya didahulukan. Sudah tentu saya berfikir untuk berhenti bermain bola sepak. Memang benar saya menganggap pilihan itu dan kemungkinan berhenti bermain dan mendedikasikan diri saya untuk hidup di kawasan luar bandar,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: