Wartawan, jurukamera di Kelantan jalani ujian Covid-19

Kumpulan wartawan dan jurukamera yang terlibat dengan salah satu program dihadiri Zulkifli hadir di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh hari ini bagi menjalani ujian saringan Covid-19.
Kumpulan wartawan dan jurukamera yang terlibat dengan salah satu program dihadiri Zulkifli hadir di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh hari ini bagi menjalani ujian saringan Covid-19.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 11 wartawan dan jurukamera pelbagai agensi di negeri ini hadir ke Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh hari ini bagi menjalani ujian pengesahan koronavirus (Covid-19) selepas terlibat dalam satu program bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru-baru ini.

Kumpulan wartawan dan jurukamera yang juga ahli Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi) itu, mengambil keputusan demikian sejurus menerima maklumat bahawa Zulkifli disyaki positif wabak itu semalam.

Exco Kebajikan Kemudi, Ahmad Faris Abdul Halim ketika ditemui pemberita di sini memberitahu, pihaknya amat prihatin dan menjaga kebajikan ahli terutamanya mereka yang terdedah pelbagai risiko semasa menjalankan tugas.

"Difahamkan kumpulan media itu hadir untuk membuat liputan salah satu program Datuk Seri Dr Zulkifli yang diadakan di Dewan Jubli Perak pada 25 September lalu.

"Maka, kesemuanya mengambil keputusan untuk buat ujian hari ini bagi memastikan bebas daripada jangkitan pandemik tersebut.

"Pelbagai risiko menanti kami (golongan media) sebab tugas kami melibatkan orang ramai. Apa yang penting, jaga diri, jaga kita. Insya-ALLAH, semuanya akan selamat," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Kumpulan wartawan dan jurukamera tersebut tiba di klinik berkenaan seawal jam 8 pagi bagi memastikan semua proses dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan bantuan kakitangan yang terlibat.

Artikel Berkaitan: