Polis Johor lupus dadah RM14.6 juta

Ayob Khan menunjukkan pelbagai jenis barangan kes dadah yang akan dilupuskan di IPK Johor hari ini.
Ayob Khan menunjukkan pelbagai jenis barangan kes dadah yang akan dilupuskan di IPK Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor melupuskan sebanyak 877.4 kilogram (kg) dan 251.63 liter pelbagai barangan kes serta dadah bernilai RM14.6 juta semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay berkata, semua dadah berkenaan selesai proses analisis kimia dan perundangan membabitkan 3,844 kes dalam tempoh tahun 2008 hingga 2019.

Menurutnya, barang kes yang dilupuskan ialah heroin seberat 10.64 kg, kanabis (6.39 kg), ketamin (88.61 kg) dan methamphetamine (90.5 kg).

Pelbagai jenis barangan kes dadah yang dirampas polis Johor akan dilupuskan di Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan mengikut SOP ditetapkan.
Pelbagai jenis barangan kes dadah yang dirampas polis Johor akan dilupuskan di Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan mengikut SOP ditetapkan.

"Bukan setakat tangkapan dan sabitan tetapi polis turut memastikan semua barangan dirampas dilupuskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Polis Johor komited melaksanakan operasi membanteras jenayah terutama penyeludupan dadah ke negara ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor di sini hari ini.

Pelbagai jenis barangan kes dadah yang dirampas polis Johor akan dilupuskan di Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan mengikut SOP ditetapkan.
Pelbagai jenis barangan kes dadah yang dirampas polis Johor akan dilupuskan di Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan mengikut SOP ditetapkan.

Ayob Khan berkata, sejak 1 Januari hingga 18 September tahun ini, polis Johor telah menahan seramai 14,368 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan merampas 2.150 tan dadah bernilai RM25.64 juta.

Artikel Berkaitan:

“Kesemua barang kes ini dibawa ke Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan untuk dilupuskan mengikut SOP ditetapkan,” katanya.