X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat ketujuh dipercayai PATI ditemui

Mayat ketujuh dipercayai PATI warga Indonesia ditemui di Pantai Teluk C Bandar Penawar di Kota Tinggi semalam.
A
A

KOTA TINGGI - Satu lagi mayat dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui di Pantai Teluk C, Bandar Penawar hari ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada tujuh orang setakat ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mayat berkenaan ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan enam mayat yang dijumpai semalam.

"Kita terima maklumat dari orang awam tentang penemuan mayat pada jam 9.25 pagi dan selepas pemeriksaan dilakukan kita dapati mayat itu ialah wanita dewasa, namun tidak mempunyai identiti.

"Mayat sudah membengkak itu ditemui hanya berseluar pendek warna hijau tanpa baju kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan enam mayat dijumpai semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mayat ketujuh dipercayai warga asing dari Indonesia ditemui di Pantai Teluk C Bandar Penawar di Kota Tinggi semalam.
Mayat ketujuh dipercayai warga asing dari Indonesia ditemui di Pantai Teluk C Bandar Penawar di Kota Tinggi semalam.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dimaklumkan berkenaan penemuan itu untuk ujian saringan koronavirus (Covid-19).

"Kita tidak menolak kemungkinan terdapat lagi PATI yang belum dijumpai berikutan siasatan dilakukan ke atas bot berkenaan dianggarkan terdapat 20 warga asing.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan penemuan enam mayat terdiri daripada empat perempuan dewasa dan dua lelaki dewasa berusia lingkungan 31 hingga 46 tahun dipercayai PATI warga Indonesia di pesisir Pantai Teluk C.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam mayat dipercayai PATI ditemui di pantai

Enam mayat PATI Indonesia negatif Covid-19

Mangsa dipercayai masuk ke Malaysia melalui jalan laut sebelum dipercayai lemas apabila turun dari bot pancung disebabkan ombak besar.

Seramai enam lelaki dewasa warga Indonesia dipercayai daripada kumpulan yang sama sudah ditahan polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kira-kira satu kilometer dari lokasi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!