Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad

Ahmad
Ahmad
A
A
A

KOTA BHARU - Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

Menteri Besar Sementara Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau berduka cita atas keputusan itu kerana tidak dapat merampas kerusi N45 Galas selain tidak menyangka turut hilang kerusi N09 DUN Kota Lama.

Beliau juga menyifatkan kegagalan mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut adalah kejutan kepada Pas.

“Kami tidak jangka kerana menyasarkan menang di 45 kerusi DUN, namun memperoleh 43 kerusi.

“Kami akan buat post mortem atas kekalahan di dua kerusi itu,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman kemenangan Perikatan Nasional Kelantan pada PRN di Dataran Ilmu di sini pada Sabtu.

Pada PRN itu, DUN Galas dimenangi oleh calon BN, Mohd Syahbuddin Hashim juga penyandang kerusi selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mohd Syahbuddin mendapat majoriti 3,337 undi dengan 10,742 undi mengalahkan Mohd Tarmizi Abdul Rahman (Pas) dengan 7,405 undi.

Sebelum ini, DUN Galas disandang Abdul Aziz Yusoff juga dari BN selepas menang pada PRU13 dan Pilihan Raya Kecil negeri Kelantan pada 2010 akibat kematian penyandang, Che Hashim Sulaiman (Pas).

Artikel Berkaitan:

Sementara di calon PH DUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim menang dengan majoriti 206 apabila mendapat undian 9,695 mengatasi calon Pas, Datuk Zamri Ismail yang memperoleh 9,489 undi.

Calon Parti Rakyat Malaysia, Tan Boon Kian (126 undi) dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (85).

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Menteri Besar Kelantan minta maaf

PRN: MB Kelantan baharu 15 Ogos ini

PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad tolak jadi MB Kelantan