X

Kindly register in order to view this article
!

Perkhidmatan HKL tidak terjejas

Kesemua pesakit dan petugas HKL kembali ke wad masing-masing bermula jam 12.48 tengah malam tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak terjejas dan berjalan seperti biasa, kata Pengarahnya, Datuk Dr Heric Corray.

Beliau berkata demikian susulan kejadian kebakaran yang berlaku di stor penyimpanan fail di tingkat empat HKL kira-kira jam 11 malam tadi.

Menurutnya, kejadian itu disedari apabila bilik kawalan dan pusat panggilan hospital dimaklumkan mengenai bunyi penggera kebakaran sebelum menghubungi pihak bomba pada jam 11.07 malam.

"Api berjaya dipadamkan oleh petugas hospital sebelum bomba tiba di lokasi kejadian. Semasa insiden terbabit, beberapa wad berdekatan telah dikosongkan dan pesakit dikeluarkan untuk tujuan keselamatan.

"Setelah api berjaya dipadamkan dan disahkan selamat oleh forensik bomba, pesakit dan petugas hospital kembali ke wad masing-masing pada jam 12.48 tengah malam.

"Pemindahan pesakit ke wad masing-masing selesai sepenuhnya kira-kira jam 2 pagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba dan pihaknya akan dimaklumkan mengenai hasil siasatan kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bilik stor HKL terbakar


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!