Tertekan pedal minyak, lelaki rempuh restoran makanan segera

Gambar yang tular memaparkan sebuah kereta merempuh restoran makanan segera di stesen minyak di Taman Tasek, Johor Bahru semalam.
Gambar yang tular memaparkan sebuah kereta merempuh restoran makanan segera di stesen minyak di Taman Tasek, Johor Bahru semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Seorang lelaki dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandunya merempuh restoran makanan segera di sebuah stesen minyak di Taman Tasek, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, dalam kejadian jam 9 malam itu cermin tingkap restoran makanan segera itu dilanggar kereta terbabit, namun tiada kecederaan dilaporkan

"Siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu berusia 45 tahun yang meletakkan kenderaannya di petak letak kenderaan di kawasan stesen minyak terbabit.

"Bagaimanapun pemandu tersebut telah tertekan pedal minyak lalu terlanggar cermin restoran makanan segera itu. Semasa kejadian tiada orang awam berada di dalam restoran tersebut.

"Pemandu terbabit juga tidak mengalami apa- apa kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular gambar di media sosial memaparkan sebuah kereta merempuh sebuah restoran makanan segera di stesen minyak di Taman Tasek.

Artikel Berkaitan: