X

Kindly register in order to view this article
!

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri seru perpaduan terus diperkukuh

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri menyeru rakyat terus perkukuh perpaduan sempena Hari Malaysia yang disambut hari ini. - Foto Facebook Selangor Royal Office
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menyeru supaya perpaduan dan keharmonian antara kaum terus diperkukuh khususnya di antara rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Seruan itu dizahirkan baginda sempena Hari Malaysia yang disambut hari ini seperti dikongsi menerusi Facebook Selangor Royal Office.

Memetik kenyataan itu baginda bertitah, rakyat Malaysia perlu mensyukuri keamanan yang ada dan berusaha menjaga keharmonian.

"Rakyat Malaysia sewajarnya mensyukuri kemakmuran dan keamanan yang dikecapi selama ini dan berusaha pertahankan daripada anasir negatif dari luar demi kelangsungan bangsa Malaysia," titahnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!