Pelajar jerit 'bodoh, sial, injaklah kepala kau' terhadap Zara Qairina - Saksi

Iklan
Joan bersama Ram ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Dua saksi kanak-kanak yang hadir memberi keterangan di Mahkamah Koroner di sini, pada Jumaat menyatakan bahawa Zara Qairina Mahathir tidak diketawakan oleh senior pada malam 15 Julai lalu.

Peguam Joan Goh berkata, saksi ke-12 yang merupakan kanak-kanak keempat memaklumkan dia mengetahui mengenai isu kehilangan dompet di asrama tersebut sebelum mendengar perkataan tertentu dilontarkan kepada Zara Qairina.

Iklan
Iklan

"Zara ditanya dengan suara yang perlahan dan lembut, tetapi saksi tidak dengar apa yang dijawab oleh Zara.

"Ketika itu, saksi sedang membaca novel di atas katil dan merupakan penghuni di bilik kejadian. Saksi hanya dengar perkataan 'bodoh, sial, aku injak (pijak) lah kepala kau," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Jumaat.

Iklan

Bagaimanapun, Joan berkata, saksi berkenaan memaklumkan dia tidak tahu apa-apa mengenai surat yang dibawa masuk ke dalam bilik pada malam itu.

"Saksi juga mengatakan biasa pelajar menggunakan perkataan memaki. Saksi memaklumkan bahawa Zara tidak ada disentuh oleh kakak kakak senior. Mereka tidak panggil Zara sembarangan. Zara tidak ada diketawakan oleh kakak-kakak senior pada malam itu," katanya.

Iklan

Sementara itu, Joan turut memaklumkan saksi ke-13, iaitu kanak-kanak kelima yang memberi keterangan pada sesi prosiding inkues tersebut, memberitahu bahawa dia bukan tinggal sebilik dengan Zara Qairina.

"Saksi mengatakan Zara sering dikaitkan dengan kehilangan barang-barang penghuni asrama, sama ada di surau atau di dalam bilik asrama. Perkara ini diberitahu kepadanya oleh rakan-rakan selepas dimaklumkan oleh pelajar Tingkatan Satu.

"Saksi memaklumkan dia mendapat tahu daripada rakan mereka, bahawa ada pelajar Tingkatan Satu hilang barang peribadi dan wang, pelajar Tingkatan Satu mengesyaki Zara yang ambil," katanya.

Joan berkata, saksi itu juga memberitahu bahawa Zara Qairina kemudian dipanggil ke bilik dorm berkenaan.

"Zara ditanya adakah dia ambil. Zara sumpah tidak ada ambil dompet yang hilang itu. Selepas itu seorang pelajar datang dorm berkenaan dan terus tanya dengan nada marah kenapa bendera saya ada dalam beg kau. Zara mendiamkan diri.

"Lepas itu pelajar tersebut menjerit perkataan 'bodoh sial'. Keesokan harinya saksi mendapat tahu ada pelajar terbaring di atas lantai bawah asrama dan rasa terkejut," katanya.

Joan berkata, menurut saksi sebelum kejadian Zara Qairina tidak menunjukkan tingkah laku yang pelik.

"Saksi memberitahu bahawa dia tidak nampak Zara menangis bila di dorm. Perkataan bodoh, sial, anjing dan gila sering digunakan oleh semua pelajar di Tingkatan Satu hingga Lima.

"Dalam kejadian itu, saksi menyatakan bahawa dia tidak nampak Zara menangis apabila ditanya mengenai lencana, tidak pasti jika Zara bersedih dan saksi juga mengesahkan bahawa Zara tidak diketawakan pada malam itu," jelasnya.

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli