Kes Zara Qairina: Guru BI tidak mengaku keluar kenyataan timbulkan kegentaran awam

Iklan
Siti Hajar Aflah tiba di Kompleks Mahkamah Sepang jam 8.30 pagi, Khamis bagi menghadapi pertuduhan ke atasnya.

SEPANG- [DIKEMAS KINI] Seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam mengenai kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir.

Tertuduh, Siti Hajar Aflah Shaharuddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani selepas pertuduhan selesai dibacakan pada prosiding pagi Khamis.

Iklan
Iklan

"Saya mengaku tidak bersalah," kata Siti Hajar.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Mohd Izhar dan Christhoper Enteri Mawan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Iklan

Berdasarkan pertuduhan, Siti Hajar, 39, didakwa mengeluarkan kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam dan boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam melalui akaun TikTok SHA_Abrienda.

Kesalahan itu didakwa dilakukan guru bahasa Inggeris (BI) yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Rawang, Selangor itu jam 1.20 petang pada 6 Ogos lalu yang mana kenyataan tersebut dilihat oleh pegawai polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Iklan

Peguam, Mohamad Zaiful Bahrin Kamde memohon mahkamah membenarkan jaminan yang minimum memandangkan anak guamnya telah memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan.

"Sewaktu siasatan tertuduh sendiri telah menyerah diri kepada polis dan beliau tidak direman. Jadi, jelas tertuduh bukan seorang berisiko untuk melarikan diri.

"Tertuduh seorang ibu tunggal kepada tiga anak yang masih bersekolah berusia 12, 11 dan 10 tahun selain menanggung ibu bapa," katanya.

Sehubungan itu, Khairatul Animah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Oktober depan untuk serahan dokumen.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar dalam sidang media pada 13 Ogos lalu memaklumkan seorang wanita berusia 39 tahun turut ditahan di Rawang, Selangor kerana dipercayai menyebarkan maklumat tidak benar berhubung kes itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan guru mengakui kandungan TikToknya bahawa Zara Qairina mati dengan cara dimasukkan ke dalam mesin basuh hanya sekadar 'content'.

Zara Qairina merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

Dia kemudiannya meninggal dunia pada 17 Julai sehari selepas itu.

Kematian Zara Qairina mencetuskan fenomena dan tanda pagar #JusticeforZaraQairina sekali gus memberi tekanan terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak berkuasa susulan pendedahan daripada individu yang mendakwa sebagai ahli keluarga mangsa di Facebook menjadi tular.

 

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli