Kes Zara Qairina yang pertama didakwa di bawah Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025

Iklan
Kes membabitkan pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir merupakan yang pertama didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 yang memperuntukkan kesalahan bagi perbuatan membuli.

KUALA LUMPUR - Kes membabitkan pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir merupakan yang pertama didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 yang memperuntukkan kesalahan bagi perbuatan membuli.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan pindaan terhadap Seksyen 507B hingga 507G Kanun Keseksaan memperkukuh kuasa undang-undang ke atas perbuatan jenayah buli.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sejak pindaan Seksyen 507 Kanun Keseksaan dikuatkuasakan dan diwarta pada 11 Julai lepas, polis sudah membuka 11 kertas siasatan berkaitan buli.

"Kertas siasatan ini masing-masing ada bawah Seksyen 507B, 507C dan sebagainya… ini menunjukkan bahawa adanya penambahbaikan undang-undang itu yang membolehkan polis bertindak.

Iklan

"Sekarang ini, macam kes Zara misalnya yang sudah dituduh hari ini, itu adalah tuduhan di bawah satu daripada seksyen yang kita pinda sebelum ini, menjadikan ini kes yang pertama kita tuduh (sejak pindaan),” katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab celahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang membangkitkan isu tindakan polis yang disifatkan sebagai kurang pantas dalam menyiasat kes melibatkan laporan berkaitan buli termasuk di Johor baru-baru ini.

Iklan

Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 yang bertujuan menangani isu buli dengan lebih efektif serta menyeluruh termasuk buli siber telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024 dan Dewan Negara pada 16 Disember tahun sama.

Terdahulu, lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Serentak dengan perkembangan undang-undang itu, Saifuddin Nasution berkata, KDN mahu polis bertindak pantas dalam menyiasat setiap laporan membabitkan perbuatan buli yang diterima.

Beliau juga menyeru semua pihak agar tidak memainkan sentimen atau membuat gambaran yang tidak tepat seolah-olah ada cubaan untuk melindungi sesiapa, atau cover-up.

"Apabila saya semak di sebalik kronologi dan rentetan siasatan (polis) dengan angka yang begitu ramai keterangan (saksi) yang lengkap diambil, saya pun rasa sedih dengan kesungguhan pasukan polis (menyiasat), hanya kerana satu bahagian sahaja di mana polis dikatakan gagal untuk buat bedah siasat.

"Pada 4 Ogos, pada hari kali pertama kita serah kertas siatasan kepada AG (Peguam Negara) dan 3 Ogos, ibu Zara ada buat laporan polis (kerana) ketika memandikan mayat Zara, ada kesan lebam... serentak dengan itu juga, dalam kertas siasatan yang diserahkan kepada AG, ada kita cadangkan dibuat gali semula (kubur Zara)," katanya.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar pada pagi 16 Julai.

Sementara itu, beberapa kementerian lain turut menggulung perbahasan usul RMK13 bagi kementerian masing-masing termasuk Kementerian Perpaduan Negara. - Bernama

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli