Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan kemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu bagi menuntut insentif berjumlah RM24,500 bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 dua tahun lepas.
Nur Kesuma Kartini, pemilik syarikat Aisy Maju Abadi Trading didakwa memberikan tujuh borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama syarikat itu kepada seorang ejen Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menuntut insentif berkenaan di Mahkamah Sesyen hari ini.
Tertuduh didakwa memperdayakan PERKESO dengan mengemukakan kesemua dokumen yang mengandungi butiran palsu, iaitu tujuh borang pekerja yang dinamakan dalam dokumen itu yang bukan pekerja Aisy Maju Abadi Trading.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA