AEON Malaysia sumbang 70 motosikal bantu belia ILKBS

Sesi penyerahan disempurnakan Kasuma (tiga kanan) kepada BPKB, KBS disaksikan Adam Adli (tengah)
Sesi penyerahan disempurnakan Kasuma (tiga kanan) kepada BPKB, KBS disaksikan Adam Adli (tengah)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 70 buah motosikal terpakai disumbangkan kepada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di AEON Mall Alpha Angle di sini pada Selasa.

Sumbangan diterima daripada Yayasan AEON Malaysia itu bagi membantu pelajar-pelajar B40 yang terpilih untuk kegunaan latihan kemahiran khususnya di Institusi Latihan Kemahiran Belia (lLKBS).

Menurut Ketua Pegawai Sumber Manusia AEON, Dr Kasuma Satria Mat Jadi, motosikal tersebut merupakan antara kenderaan yang digunakan semasa kempen AEON Berkat Ramadan Yayasan AEON Malaysia.

Beliau menjelaskan, kempen berkenaan merupakan salah satu daripada inisiatif AEON bagi membantu golongan belia yang terkesan semasa pandemik Covid-19 melanda negara sebelum ini.

"Kami amat bersyukur kerana dapat menyumbang 70 buah motosikal kepada ILKBS dan berbesar hati dapat berkerja sama dengan KBS di dalam Program Pembangunan Belia Madani KBS.

Majlis menandatangani MoU antara AEON dan BPKB, KBS diwakili Kasuma (duduk, kanan) dan Shahrul Affendi (duduk, kiri) disaksikan Adam Adli (berdiri, kiri).
Majlis menandatangani MoU antara AEON dan BPKB, KBS diwakili Kasuma (duduk, kanan) dan Shahrul Affendi (duduk, kiri) disaksikan Adam Adli (berdiri, kiri).

"Ini merupakan satu detik bersejarah bagi AEON di dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan BPKB, KBS dalam bidang pembangunan kemahiran belia," katanya pada majlis penyerahan di AEON Mall Alpha Angle di sini pada Selasa.

Sesi penyerahan disempurnakan Kasuma kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia KBS, Shahrul Affendi Baharudin disaksikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.

Artikel Berkaitan:

Turut berlangsung majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara AEON dan BPKB, KBS.

Dalam pada itu, Kesuma berkata, melalui persefahaman tersebut pula, AEON dan KBS akan bekerjasama antaranya dalam menyediakan penempatan latihan industri atau On-Job-Training (OJT), peluang pekerjaan kepada pelajar ILKBS, bantuan khidmat nasihat dan penyertaan di dalam Program Career Fest ILKBS anjuran KBS.

"Inisiatif ini selaras dengan wawasan AEON dalam mendokong Matlamat Pembangunan Mampan Ke Lapan iaitu mempromosikan perkembangan ekonomi mampan dan menyediakan ruang serta peluang pekerjaan yang menyeluruh, produktif dan sesuai kepada semua," katanya.