PENAJA bersama The Red Warriors (TRW), Yakult (M) Sdn Bhd (Yakult) akan terus menyokong pasukan pantai timur itu walaupun berdepan prestasi tidak menentu dalam saingan Liga Super dan kempen Piala Malaysia, musim ini, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata, sebagai salah satu penaja TRW, tiada istilah mengaku kalah untuk Yakult dalam memberikan sokongan kepada pasukan itu.

“Saya hanya bimbang tentang (sokongan) penyokong sahaja, namun Yakult sebagai penaja, kami akan berdiri teguh di belakang pasukan Kelantan walaupun berada dalam situasi sukar sekarang.    

“Malah Yakult akan terus kekal memberikan komitmen tinggi menyokong bola sepak Kelantan bukan hanya pada musim ini tetapi juga untuk tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka ‘Sesuci Lebaran’ Yakult bersama Pertubuhan Kebajikan  Anak-Anak Yatim Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Hadir sama, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Afandi Hamzah, naib presiden, Datuk Muhammad Nasir Hamzah serta pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Kelantan.  

Pada majlis tersebut, Hamada turut memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim selain menyampaikan baucar tunai RM2,000 untuk pertubuhan berkenaan.

Dalam pada itu, Hamada memberitahu, selaku pengeluar minuman susu kultur probiotik terkenal di negara ini, pihaknya akan meneruskan tanggungjawab sosial korporat dengan mengagihkan kasut bola percuma kepada sekolah terpilih di Kelantan, pada tahun ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KELANTAN yang digembar-gemburkan bakal melakukan rombakan besar sebaliknya memilih untuk mengekalkan 60 peratus muka lama bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang semakin kompetitif pada musim depan.
  • ALESSANDRO Celin menghadiahkan kejayaan Kelantan kekal dalam saingan Liga Super musim 2018 kepada penyokong pasukan itu selepas dua jaringan lewatnya memastikan kemenangan 3-1 ke atas Melaka United, pada pertemuan terakhir liga, malam kelmarin.
  • VELIZAR Popov menunjukkan minat yang tinggi untuk kembali bimbing The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.
  • PEMAIN pertahanan The Red Warriors (TRW), Mohd Qayyum Marjoni Sabil mengakui dia kini menjadi buruan beberapa pasukan Liga Super yang mahu mendapatkan khidmatnya untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
  • TIADA kata dapat diluahkan Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail selepas pasukan kendaliannya tewas 3-0 kepada juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta'zim (JDT) di gelanggang lawan, malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.