Nostalgia EPL hangatkan Bukit Jalil

Sebahagian pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds yang bakal menghangatkan aksi Battle of The Reds di Bukit Jalil pada Sabtu. Foto Agensi
Sebahagian pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds yang bakal menghangatkan aksi Battle of The Reds di Bukit Jalil pada Sabtu. Foto Agensi
A
A
A

AKSI Battle of The Reds yang menemukan Manchester Reds dan Liverpool Reds bakal mengimbas nostalgia peminat bola sepak tempatan menerusi penampilan legenda Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Kehadiran pemain kedua-dua pasukan diumumkan pada satu majlis di Kuala Lumpur pada Rabu yang menyaksikan Dwight Yorke sebagai pengurus Manchester Reds dan Teddy Sheringham memakai lilitan kapten, manakala David James selaku pengurus Liverpool Reds dan Luis Garcia pula sebagai ketua pasukan.

Perlawanan pertunjukan tersebut dianjurkan oleh AllStar Sports Sdn Bhd dengan kerjasama World Football League (WFL), ACO Media dan Tune Protect.

Pengarah Eksekutif Projek Battle of The Reds, AllStar Sports, Azman Fahmi berkata, kehadiran para legenda ini bakal membuatkan peminat bola sepak teruja kerana mereka pernah mewarnai saingan EPL dan meraih kejayaan bersama pasukan masing-masing.

“Kehadiran mereka meningkatkan lagi keterujaan yang kian terasa menjelang hari perlawanan Sabtu ini,” katanya pada sidang media.

Skuad Manchester Reds akan membariskan David May, Wes Brown, Clayton Blackmore, Keith Gillespie, Ben Thornley, Eric Djemba Djemba, Paul Rachubka, Russell Beardsmore, Lee Martin, Danny Webber, Mikael Silvestre, Quinton Fortune, Dimitar Berbatov, Erik Nevland dan Dion Dublin.

Liverpool Reds pula bakal diperkuat oleh Emile Heskey, Glen Johnson, John Arne Riise, Patrik Berger, Vladimir Smicer, Steve McManaman, Jason McAteer, Florent Sinama, John Durnin, David Thompson, Jermaine Pennant, Djibril Cisse, dan Phil Babb.

Kesemua pemain bakal menerima piring piuter sebagai tanda penghargaan atas semangat kesukanan mereka.

Artikel Berkaitan:

Hadiah tersebut bukan sahaja melambangkan simbol kemenangan perlawanan, tetapi sebagai simbolik kecemerlangan yang menjadi dukungan Manchester Reds dan Liverpool Reds.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!