PENYERANG Leicester City, Jamie Vardy kecewa selepas mereka gagal mempertahankan kelebihan ketika bertandang ke Emirates, awal pagi semalam.

Menurut Vardy, The Foxes hilang fokus ketika mendahului Arsenal 3-2, sebelum tumpas 3-4 ekoran kebangkitan dramatik The Gunners di penghujung babak perlawanan.

"Kami pernah melalui situasi seperti ini di Emirates sejak tiga musim lalu. Kami sering mendahului dan memimpin perlawanan, namun hilang daya tumpuan menghampiri 90 minit.

"Kami juga ada beberapa peluang keemasan untuk melebarkan defisit gol, sayangnya ia tidak tepat menuju ke sasaran.

"Apa pun, kami memperoleh pengajaran berguna dalam perlawanan ini. Kami akan bawa hal-hal positif ke perlawanan seterusnya," kata Vardy.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.