ZLATAN Ibrahimovic membuktikan dirinya berbeza seperti manusia yang lain.

Zlatan Ibrahimovic pulih lebih awal daripada kecederaannya sebelum kembali untuk aksi pertamanya musim ini bersama Manchester United.

April lalu, bekas pemain Sweden itu cedera pada ligamen lututnya ketika saingan Liga Europa dan dijangka akan berehat panjang sehingga Januari depan.

Namun, tempoh pemulihan itu berjalan lebih cepat daripada jangkaan dan Ibrahimovic kembali dalam perlawanan menentang Newcastle United, di Old Trafford, awal pagi hari ini.

Dalam perlawanan itu, Ibrahimovic dimasukkan pada minit ke-77 menggantikan Anthony Martial.

Tamat perlawanan, Ibrahimovic telah ditanya sama ada dirinya meragui untuk kembali beraksi lebih awal.

“Tidak...seperti singa, tidak memulihkan diri seperti manusia.

“Ini sangat istimewa. Hari yang berbeza dan kualiti yang sama. Saya tidak khuatir dengan apa yang saya lakukan, berusaha keras dan banyak berkorban,” katanya.

Menurutnya, dia ingin terus fokus pada pasukan dan berusaha memberikan sesuatu yang terbaik untuk pasukan.

Selain Ibrahimovic, Paul Pogba juga ‘comeback’ dalam perlawanan tersebut setelah berehat panjang akibat kecederaan.