Peserta 9 negara pamer kemahiran panjat pokok di Kuantan

Peserta memula pertandingan dalam Kejohanan Memanjat Pokok Asia- Pasifik 2024 (APTCC) yang diadakan Kelab Golf Diraja Pahang, pada Jumaat.
Peserta memula pertandingan dalam Kejohanan Memanjat Pokok Asia- Pasifik 2024 (APTCC) yang diadakan Kelab Golf Diraja Pahang, pada Jumaat.
A
A
A

SEMBILAN negara membabitkan 51 peserta menyertai Kejohanan Memanjat Pokok Asia- Pasifik 2024 (APTCC) yang diadakan Kelab Golf Diraja Pahang, di sini bermula Khamis berakhir pada Ahad.

Acara ini anjuran International Society of Arboriculture (ISA), Persatuan Arborist Malaysia (PArM) dan Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Naib Presiden Persatuan Arborist Malaysia (PArM), Nik Ikmal Fathi Nik Husain Fathi berkata, selain Malaysia, negara terlibat ialah Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Singapura, Australia dan New Zealand serta Korea.

Menurutnya, acara ini memberikan peluang kepada penonton untuk menyaksikan kemahiran memanjat pokok dengan teknik terkini oleh para pemanjat profesional dari seluruh rantau Asia Pasifik.

Yu Man (tengah) melihat peserta yang menyertai salah satu ketegori pertandingan dalam Kejohanan Memanjat Pokok Asia- Pasifik 2024 (APTCC) yang diadakan Kelab Golf Diraja Pahang,
Yu Man (tengah) melihat peserta yang menyertai salah satu ketegori pertandingan dalam Kejohanan Memanjat Pokok Asia- Pasifik 2024 (APTCC) yang diadakan Kelab Golf Diraja Pahang,

"Sebelum ini acara sama diadakan di Singapura dan News Zealand sebanyak tiga kali, Australia (dua kali) serta Hong Kong tetapi kali ini, kita dapat anjur acara ini selepas mendapat persetujuan.

"Hasil lawatan tiga kawasan disenarai pendek, kita telah memilih lokasi ini (Kelab Golf Diraja Pahang).

"Peserta yang menang dalam kejohanan ini akan ditaja untuk menyertai pertandingan memanjat Antarabangsa di Amerika Syarikat pada Oktober tahun ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian APTCC di Kelab Golf Diraja Pahang di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Majlis perasmian itu disempurnakan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man.

Nik Ikmal Fathi memberitahu, Malaysia menghantar tujuh wakil terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan yang merupakan pemenang pada Malaysia Tree Climbing Championship 2023 yang diadakan di Putrajaya pada September tahun lalu.

Beliau menambah, lima pokok dipilih memenuhi beberapa kriteria ditetapkan bagi acara seperti aerial rescue, work climb, ascent, belayed speed climb dan throwline.

Yu man bersama 51 peserta daripada sembilan negara yang terlibat dalam
Kejohanan Memanjat Pokok Asia- Pasifik 2024 (APTCC) yang diadakan Kelab Golf Diraja Pahang pada Jumaat.
Yu man bersama 51 peserta daripada sembilan negara yang terlibat dalam Kejohanan Memanjat Pokok Asia- Pasifik 2024 (APTCC) yang diadakan Kelab Golf Diraja Pahang pada Jumaat.

Jelasnya, pokok dipilih perlu mempunyai ketinggian, cabaran dari segi cabang dan cabaran untuk mendaki.

"Pokok tidak sihat, berlubang dan berpenyakit tidak lulus, ia mesti pokok sihat dan sesuai untuk pertandingan.

"Bila mereka datang ke Malaysia (peserta luar negara) mereka tengok pokok tembusu, memang lain daripada pokok di negara mereka..

"Cabaran (di sini) adalah dari segi kulit dan strukturnya. Ini pasti akan menjadi satu cabaran baharu buat mereka," katanya yang berjaya memilih satu kumpulan pokok di satu tempat.

Sementara itu, Yu Man berkata, acara julung kali diadakan di Malaysia khususnya, Kuantan, Pahang merupakan satu sukan unik dan menarik adalah sesuatu membanggakan.

Beliau turut memberi kredit kepada PTNP kerana telah berusaha untuk menarik ISA untuk memilih Kuantan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!