PEMAIN bola sepak, Cristiano Ronaldo memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid apabila tamat musim, media Sepanyol melaporkan bahawa dia sudah memaklumkan keputusannya itu kepada Presiden Kelab, Florentino Perez lapor Metro.uk.

Dalam laporan tersebut juga mengatakan Perez tidak bersedia untuk melepaskan Ronaldo namun pemain berusia 32 tahun tersebut menolak tawaran untuk memperbaharui kontrak bersama kelab tersebut.

Ronaldo juga sebelum ini dilihat memberitahu pemberita, beIN Sport bahawa dia tidak mahu menyambung kontraknya dengan kelab tersebut.

"Saya tidak mahu memperbaharui (kontrak). Saya gembira dengan kontrak yang saya ada," katanya.

Sementara itu, terdapat beberapa spekulasi bahawa Ronaldo tidak gembira dengan rakan sepasukannya dan juga kelabnya membuatkan dia  mengambil keputusan tersebut.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :