ANDREA Pirlo yakin Juventus mampu menyingkirkan Barcelona dalam perlawanan Liga Juara-Juara.

“Perlawanan ini akan menjadi pertambungan yang berbeza jika dibandingkan dengan pertemuan final pada tahun lalu.

“Juventus sudah berubah dan kali ini Barcelona juga berbeza. Ini adalah perlawanan yang baik dan saya fikir kita akan melihat bola sepak yang hebat dan menarik,” katanya.

Bekas perancang tengah Juventus itu berkata, Juventus sebuah pasukan yang kuat.

Baginya, Juve memiliki pemain-pemain yang hebat dan mereka cuba mendapatkan keseimbangan yang terbaik untuk penyerang mereka.

“Juve mempunyai kapasiti untuk menyingkirkan Barcelona,” katanya.

Hasil undian peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Juventus akan menentang Barcelona. Bianconeri akan terlebih dulu menjamu Barca di perlawanan pertama pada 11 April sebelum berkunjung ke Nou Camp pada 19 April.

Ini merupakan ulangan final Liga Juara-Juara pada dua tahun lalu. Dalam perlawanan itu, Juventus terpaksa akur selepas tumpas dengan jaringan 1-3. Pertandingan itu juga merupakan penampilan terakhir Pirlo bersama Juventus.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.