PERUBAHAN format pada kejohanan badminton Piala Axiata 2013 langsung tidak menggugat hajat Indonesia untuk mempertahankan gelaran juara tahun lalu.

Bagi perseorangan lelaki Indonesia, yang kini menghuni ranking kelapan dunia, Simon Santoso, peluang untuk mempertahankan kejuaraan tetap terbuka kepada pasukan mereka, namun mengakui saingan bagi edisi kedua kali ini lebih sengit.

“Format kali ini amat berbeza. Jika tahun lalu kejohanan ini guna format hampir sama dengan Piala Thomas, tetapi kali ini dengan kemasukan dua kategori perseorangan wanita dan beregu campuran, saya lihat peluang itu lebih terbuka untuk jadi juara.

“Tetapi saingan pasti lebih sengit terutama pasukan dari Malaysia, Asia, Thailand dan Eropah dan ia bukan mudah untuk kami,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Piala Axiata 2013 di Kuala Lumpur, semalam.

Simon yang berehat lama hampir tiga bulan kerana penyakit beguk (penyakit disebabkan oleh virus beguk -RNA Paramyxovirus) tidak akan bertanding di Kejohanan Seluruh England, namun tidak menolak kemungkinan menyertai Terbuka Australia GP Emas pada 2 hingga 7 April nanti.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TURUN selaku pasukan underdog, Asia All Star enggan meletakkan sebarang sasaran tinggi sebaliknya fokus pada aksi menentang Malaysia di separuh akhir Piala Axiata 2013 di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.
  • THAILAND hanya mampu mengharapkan keajaiban pada aksi separuh akhir hari ini untuk mara ke final Piala Axiata 2013.
  • KETIADAAN pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei memberi kelebihan buat Indonesia melangkah ke final Piala Axiata 2013 bermula 13 dan 14 April ini di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.
  • PENAMBAHAN dua kategori beregu campuran dan perseorangan wanita bakal merancakkan saingan kejohanan badminton Piala Axiata 2013 yang dijadual bermula pada 21 Mac hingga 14 April ini dengan Indonesia dan Malaysia bertindak selaku tuan rumah bersama.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.