PENGARAH Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter De Roo memilih untuk berdiam diri ketika diminta mengulas keputusan satu mesyuarat khas FAM berhubung prestasi buruk pasukan kebangsaan ketika ini.

Susulan kekalahan 1-4 skuad Harimau Malaya di tangan Korea Utara pada perlawanan pertama aksi Kelayakan Piala Asia 2019, Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kenyataan dikeluarkan badan induk itu minggu lepas berkata satu mesyuarat bersama De Roo akan diadakan sebaik skuad negara pulang ke tanahair.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan satu kaedah penambahbaikan dari segenap aspek buat pasukan kebangsaan di bawah kendalian Nelo Vingada.

Bagaimanapun, De Roo, 47, yang memulakan tugasnya bersama FAM pada Julai lalu dalam usaha badan induk itu menyusun semula struktur pembangunan bola sepak negara hanya 'mengunci mulut' ketika ditemui pemberita di Wisma FAM baru-baru ini.

"Kamu nakal. Saya harap anda tidak keberatan jika saya tidak menjawab soalan itu," jelas bekas pemain profesional yang memiliki 12 tahun pengalaman beraksi di liga divisyen 2 Belanda itu.

Prestasi buruk skuad kebangsaan dengan hanya sekadar meraih satu keputusan seri dalam tujuh perlawanan di bawah bimbingan Nelo Vingada mendapat perhatian ramai apatah lagi ia menutup peluang skuad kebangsaan layak ke saingan Piala Asia 2019.

Pada masa sama, nasib Vingada selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan turut menjadi tanda tanya. Segelintir bintang legenda dan pengkritik bola sepak negara berpendapat Vingada harus dipecat, namun sehingga kini FAM masih belum membuat sebarang keputusan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • UJIAN sampel B bagi kes doping membabitkan penjaga gol bawah-23 (B-23) negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang gagal ujian sampel A sewaktu Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Changsu, China, telah dibuat pada Isnin.
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta semua penyokong bersabar terhadap masalah yang menimpa membabitkan penyiar rasmi digital Liga Malaysia (Liga-M), iflix.
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyarankan supaya persatuan bola sepak negeri atau kelab yang bersaing di pentas Liga Malaysia (Liga-M) 2018 menyediakan marsyal yang bertanggungjawab menjaga keselamatan penonton di stadium.
  • PETALING JAYA - S Balachandran dan Aminuddin Hussin sah dilantik sebagai penolong jurulatih kepada pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.
  • KEMENTERIAN Belia dan Sukan mengharapkan agar Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan dapat meneruskan pendekatan profesional untuk mengendalikan Liga Malaysia yang bermula Jumaat ini.