PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) tidak menghalang pemain mudanya, Akhyar Rashid mengembangkan kerjaya sebagai pemain bolasepak profesional di luar negara jika mendapat tawaran lebih baik.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, bagaimanapun pemain muda berusia 18 tahun itu perlu memiliki daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi agar mampu menyesuaikan diri dengan suasana baharu.

Menurutnya, banyak contoh pemain berbakat negara sebelum ini telah mencuba masih di peringkat antarabangsa namun gagal mencapai impak yang positif.

"Banyak faktor yang perlu diperhalusi terlebih dahulu oleh Akhyar dan jika beliau betul-betul bersedia maka KFA bersedia untuk memberi laluan kepadanya.

Bagaimanapun banyak proses yang perlu dilalui antaranya perlu ada perbincangan terlebih dahulu kerana Akhyar masih mempunyai kontrak bersama pasukan ini sehingga hujung tahun 2019," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Akhyar mula mendapat perhatian beberapa kelab di rantau Asean dan Asia apabila ada ejen sudah menyuarakan hasrat untuk membawa pemain itu keluar beraksi di luar Liga Malaysia.

Tular beberapa khabar angin apabila kelab gergasi Thailand, Buriram United dan satu kelab dari Liga Jepun yang belum diketahui namanya telah menyatakan minat mereka terhadap penyerang itu.

Abang kepada Akyar, Rafdi Rashid ketika dihubungi berkata, bagaimanapun perbincangan bersama ejen masih di peringkat lisan lagi dan hanya menunggu kepulangan Akhyar dari China selepas membantu pasukan Malaysia Bawah 23 Tahun mara ke peringkat suku akhir AFC B23 2018.

Menurutnya, sekiranya perbincangan tersebut berjaya mencapai kata sepakat, ejen itu masih perlu melalui KFA.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEDAH kempunan meraih tiga mata penuh pada perlawanan pertama Kumpulan B Piala Belia 2018 apabila terikat 1-1 dengan Melaka United di Stadium Hang Tuah, Rabu lalu.
  • PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah percaya Lang Merah mampu melakukan kejutan ke atas Pendahulu Liga Super 2018, PKNS FC di Stadium Shah Alam pada malam esok.
  • PENGURUS pasukan Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin percaya kehadiran pemain sayap baharu, Andik Vermansyah mampu mengisi ruang kekosongan dan semangat baharu kepada pasukan untuk terus mengharungi saingan Liga Super 2018.
  • Setelah dua kali tewas, Kedah mempertaruhkan pemain import baharunya, Andik Vermansyah dalam usaha mengutip tiga mata penuh pada saingan Liga Super menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, esok.
  • PEMAIN muda Kedah, Akhyar Rashid bersedia untuk melebarkan kerjaya sebagai pemain bolasepak di peringkat antarabangsa untuk meningkatkan lagi pengalaman dan keyakinannya.