KEDAH bercadang untuk membina sebuah stadium bola sepak baharu yang mampu menampung lebih 60,000 penonton bagi menggantikan Stadium Darul Aman yang sudah berusia 54 tahun.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah berkata ia bagi memberi keselesaan kepada rakyat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak memandangkan stadium sedia ada hanya mampu menampung 30,000 penonton.

"Lokasi stadium mungkin di luar Alor Setar dengan kemudahan tempat letak kereta dan tempat perniagaan yang memberi keselesaan kepada penonton bola sepak negeri ini," katanya pada sidang media ketika hadir pada Majlis Muafakat Asyura Perdana di Alor Setar, hari ini.

Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu akan dibuat dalam tempoh terdekat bagi mengkaji kos dan pelan stadium berkenaan antara kerajaan negeri dengan syarikat swasta. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BARISAN jurulatih Hijau Kuning berharap kelab-kelab penyokong akan terus berada di belakang pasukan untuk terus memburu kejayaan musim 2017 terutama di dalam menghadapi dua lagi perebutan kejuaraan iaitu Liga Super dan juga Piala Malaysia.
  • GANJARAN RM20,000 yang dijanjikan terhadap setiap pemain Kedah selepas berjaya menjulang Piala FA semalam akan dilunaskan sebelum Ramadan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.