JUARA dunia empat kali, Itali diundi menentang Sweden pada aksi playoff pertama di Stockholm.

pada 9 November merebut slot ke Piala Dunia Rusia 2018, tahun depan.

Gli Azzurri  kendalian Gian Piero Ventura itu kemudian akan melayan kunjungan Sweden bagi aksi timbal balik kedua pada 14 November.

Sementara itu, Switzerland yang menamatkan saingan Kumpulan B di tempat kedua diundi menentang Ireland Utara, yang kali terakhir layak ke pusingan akhir pada 1986, dengan aksi pertama dijadualkan berlangsung di Belfast.

Croatia pula yang menduduki tempat kedua di belakang Iceland dalam Kumpulan I diundi bertemu Greece dengan perlawanan pertama berlangsung di laman sendiri.

Ireland diundi menentang Denmark yang akan menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ICELAND yang mencipta kejutan layak ke suku akhir Euro tahun lalu sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila mara ke Rusia selepas menumpaskan Kosovo 2-0 di Laugardalsvollur, Reykjavik awal pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.