PENGENDALI Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim akan merombak kesebelasan utamanya yang tewas kepada UiTM FC minggu lalu untuk pertemuan suku akhir kedua Piala FA bertemu Sarawak di Kuching malam ini.

Menurutnya, ia bagi memastikan corak permainan agresif yang bakal diterapkannya nanti membuahkan hasil.

"Tekad kami adalah mencari gol awal dan pemain perlu tampil aksi meyakinkan dalam perlawanan itu nanti.

"Tekanan itu memang pada kami kerana jika keputusan berakhir 0-0 malam ini sudah tentu akan beri kelebihan kepada Sarawak kerana mendapat gol di Terengganu sebelum ini.

"Tapi mereka kena ingat, kami datang ke sini bukan untuk main 0-0 atau dapat keputusan seri. Rugilah kalau datang nak main bertahan sahaja," katanya.

Dalam perlawanan pertama, Terengganu diikat Sarawak dan lebih penting skuad Bujang Senang itu berjaya mencuri satu gol di Kuala Terengganu.

Kata Irfan Bakti, pemain juga perlu melupakan kekalahan besar 0-4 kepada UiTM minggu lalu.

"Sudah tentu pemain perlu melupakan kekalahan itu. Saya mahu pemain faham apa yang perlu mereka lakukan di atas padang.

"Sasaran saya adalah mahu pasukan layak ke peringkat separuh akhir," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEMANGAT juang yang tinggi pasukan bola sepak Terengganu (Terengganu FA) dilihat menjadi faktor skuad itu berjaya berada pada tangga terbaik dalam saingan Liga Perdana selepas seri dua sama menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, di sini, malam tadi.
  • MESKIPUN sekadar melakarkan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi kedua kumpulan D, kempen Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim, namun pengendali Terengganu, Ifran Bakti Abu Salim tetap memuji komitmen ditunjukkan pemain sepanjang perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
  • WALAUPUN berpuas hati dengan persembahan skuad Penyu ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Piala Malaysia malam tadi, namun Irfan Bakti terkilan kerana anak buahnya gagal mencipta sebarang jaringan.
  • KETUA jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan, kedua-dua import baharu yang dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan mempunyai kualiti diperlukan skuad Penyu itu.
  • AKSI longlai jentera tengah skuad Terengganu menjadi penyumbang kepada kekalahan besar 0-3 di tangan Kedah dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.